Wednesday, May 9, 2012

Pakej Paris Dan Amsterdam

Assalamualaikum,,,selamat bertemu kembali. Di antara pakej pakej kami sediakan ialah lawatan ke Paris dan Amsterdam.

Kebiasaanya kami akan membawa tetamu kami ke Paris dan Amsterdam dengan menaikki kereta, mpv atau bas mini bergantung kepada jumlah tetamu kami. Tetamu boleh memilih untuk lawatan ke Paris atau Amsterdam atau kedua dua nya sekali. Sekiranya bilangan tetamu  di antara 4 - 5 orang kami akan menyewa kereta saloon atau van 7 seater. Tetamu di antara 6 ke 7 orang kami akan menyewa mpv 9 seater dan sekira lebih dari 8 dan kurang dari 14 kami akan menyewa bas mini.

Kos kenderaan dan lawatan termasuk penyewaan kenderaan, insurans perjalanan, tambang tren Eurotunnel, Toll sekira ke Paris, Letak kenderaan, pandu pelancong dan tiket Metro.

Jangkamasa lawatan bagi pakej Paris dan Amsterdam ialah 2 malam di Paris dan 2 malam di Amsterdam.

Untuk Anggaran Pakej Paris Sahaja

Tempat Tinggal

Di Paris tetamu kami akan ditempatkan di Hotel 2 Star yang terletak di pinggir Bandaraya Paris. Hotel tersebut kami pilih paling sesuai untuk tetamu kami tinggal kerana ia adalah sebuah bandar yang mudah untuk bergerak ke Paris dengan menaikki Metro yang stesen nya tidak jauh dari hotel. Bandar nya pun mudah untuk tetamu kami mendapatkan makanan di restoren-restoren  halal yang berhampiran. Bandar ini jugak menjadi tumpuan penduduk penduduk Paris dengan adanya pasar ala pasar tani di Malaysia pada tiap-tiap hari Sabtu.

Harga bilik bergantung kepada jenis bilik. 

Kami akan menempah bilik untuk tetamu bergantung kepada jumlah tetamu dengan kadar mengikut harga tempahan semasa dibuat. Lagi awal tempahan dibuat sekurangnya sebulan sebelum menginap lagi murah tetamu akan mendapat harganya. 

Harga ialah dari £40.00 seorang untuk bilik double (2 orang) semalam. Bilik single mahal sedikit dari £60.00 semalam.

Diberitahu lebih awal di hotel ini tetamu tidak boleh memasak dan tidak disediakan kettel. Namun demikian tetamu boleh membawa rice cooker atau kettle untuk kegunaan memasak nasi atau air. Jangan lupa untuk membawa plug yang boleh digunakan di Eropah kerana plug di Malaysia dan di Eropah tidak sama.

Wifi disediakan tetapi tidak dibilik cuma boleh akses intenet di lobi hotel sahaja.

Harga Kos Kenderaan dan Lawatan

Bagi kenderaan termasuk insurans:

Saloon (kurang dari 3 orang) =  £1,460.00 
Mpv 7 seater (4 - 5 orang)       =  £1,520.00 
Mpv 9 seater (6 - 7 orang        =   £1550.00
Bas mini (8 - 15 orang)            =   £1710.00

 **Anggaran sahaja
Bas Mini Kami Ke Paris dan Amsterdam


Perjalanan dengan kenderaan di atas mengambil masa 5-6 jam kecuali bas mini 6-7 jam.


Perhatian:


Bagi tetamu 2 orang kami menggalakkan menaikki Eurostar kerana tambang pergi balik dari Bedford ke Paris ialah dari £246.00 seorang (tanpa pandu pelancong) atau £299.00 seorang (dengan pandu pelancong) pergi balik berbanding dengan mengikuti pakej kami sebanyak £ 730.00 seorang. Dengan Eurostar perjalanan mengambil masa dalam 3-4 jam. 



Destinasi Lawatan

Hari Pertama

Kita akan bertolak dari Bedford ke Folkestone perjalanan 2-3 jam untuk menaikki Eurotunnel  selewat-lewatnya yang jam 2pm. Perjalanan dengan Eurotunnel mengambil masa 35min untuk sampai ke Calais, Perancis.

Dari Calais kita akan bergerak menuju ke hotel yang akan mengambil masa perjalanan 3-4 jam bergantung kepada banyak mana kita singgah-singgah. Kebiasaannya tetamu kami akan dibekalkan makanan dari Bedford dan akan singgah apabila lapar di mana-mana services sepanjang perjalanan.

Setibanya di Tanah Perancis Tetamu Akan Berehat Makan Bekal (Calais)..sedap piknik makan nasi lemak
Seronok Menikmati Sinaran Cahaya Eiffel Tower di Waktu Malam

Kebiasaan setiba di Hotel tetamu akan berehat sebentar dan kemudian dibawa untuk melawat Eiffel Tower pada waktu malam sebelum lampu Eiffel Tower dipadamkan tepat jam 12 malam.


Hari Kedua


Pada hari kedua lawatan ke Bandaraya Paris dimulakan pada jam 10pagi dengan menaikki Metro. Tetamu akan di bawa terus ke Eiffel Tower yang mengambil masa 1 jam ke 2 jam. Ke pusat-pusat membeli belah seperti LV di kawasan des Champs Élysées (2-3 jam sahaja).


Posing Di Eiffel Tower Dari Jauh Amat Bersuaian







http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/b/b1/Louis-Vuitton-Paris.jpg


Hari Ketiga 

Kebiasaan nya tetamu akan dibawa ke Bandaraya Paris pada sebelah pagi sekira tidak keletihan atau berjalan-jalan di bandar sekitar hotel. Tepat jam 3pm kita akan bertolak menuju ke Eurotunnel di Calais untuk mengejar keretapi selewat jam 9pm. Dianggarkan jam 12pm tiba di Bedford. 

Pilhan Pakej ke Amsterdam  (2 malam)

Sekiranya tetamu ingin memilih pakej Paris dan Amsterdam kami akan meneruskan perjalanan dari Paris ke Amsterdam pada sebelah pagi. Perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa 5-6 jam.  

Harga tempat kediaman ialah dari £40.00 seorang semalam. Kita akan memilih sama ada menginap di homestay Volendam atau menginap di caravan site Bos Amsterdam. Kedua-dua tempat tersebut boleh memasak.

Kos Kenderaan dan Lawatan
 
Saloon (kurang dari 3 orang) =  £510.00 
Mpv 7 seater (4 - 5 orang)       =  £550.00 
Mpv 9 seater (6 - 7 orang        =   £650.00
Bas mini (8 - 15 orang)            =   £700.00

**Anggaran sahaja


Untuk Anggaran Pakej Amsterdam Sahaja

Hari Pertama

Kita akan bertolak dari Bedford awal pagi untuk mengejar Tren Eurotunnel selewat-lewatnya jam 2ptg. Akan tiba ke hotel dalam masa 4-5 jam. 
 
Di Amsterdam tempat kediaman ialah dari £40.00 seorang semalam. Kita akan memilih sama ada menginap di homestay Volendam atau menginap di caravan site Bos Amsterdam. Kedua-dua tempat tersebut boleh memasak.

Hari kedua

Tetamu akan di bawa melawat Zaanse Schans  satu tempat tetamu boleh melihat perkampungan orang Holand, windmill dan melawat tempat membuat terompah belanda dan keju. Tetamu juga akan dibawa ke Bandaraya Amsterdam untuk membeli belah dan aktiviti bebas.

 

Hari Ketiga

Pulang ke Bedford dari Amsterdam untuk menaikki tren Eurotunnel selewat-lewat jam 9pm.

Dalam perjalanan pulang ke Bedford tetamu juga bole singgah di Atomium dan Mini Europe dengan tambahan sebanyak £100.00 sebagai upah pandu dan tunggu.
     


 Harga Kos Kenderaan dan Lawatan

Bagi kenderaan termasuk insurans:

Saloon (kurang dari 3 orang) =  £1,560.00 
Mpv 7 seater (4 - 5 orang)       =  £1,620.00 
Mpv 9 seater (6 - 7 orang        =   £1,650.00
Bas mini (8 - 15 orang)            =   £1,810.00

** anggaran sahaja


Sekian untuk makluman pengunjung blog ini dan di harap maklumat di atas dapat membantu anda merancang kos untuk ke Paris dan Amsterdam bersama pakej kami.

Wassalam