Wednesday, March 16, 2011

Tetamu Kami - March 2011


Puan Siti dan Encik Roslan dari Doha,Qatar
Mereka tinggal di Teratak Murni dari 11 Mac - 15 Mac
Mereka datang untuk honeymoon :)
Sampai2 saja dari airport terus jalan2 di London ditemani Kak Rozie
Hari ke-2 mereka ke Biscester Village menaiki bas ditemani Kak Nolie & Nurul
Hari ke-3 mereka ke Paris dgn menaiki train Eurostar
Hari ke-4 mereka jalan2 sendiri di London
Hari ke-5 pulang ke Doha
 


Thank you for staying with us. Jumpa lagi dan datang lagi ye :)


Family En. Zulhaimi dari 12 mac-18 mac
Mereka menyewa van dari kami dan jalan-jalan sendiri mengunakan Tom Tom (GPS)



Family Pn. Norisdayanti & Puan Ayu
Tinggal di Teratak Murni dari 19-22 Mac
Sewa Van dari kami dan jalan2 sendiri menggunakan Tom Tom



Tuan Haji Idris & Puan Hjh Ramlah
Tinggal di homestay kami dari 21-27 Mac
Mereka berjalan kaki ke Bedford Town & train station utk ke London
dah berusia tapi masih kuat dan bertenaga


Rombongan Puan Radiah bersama dengan kami dari 25 Mac - 5 Apr
Mereka ke Paris, Amsterdam, Scotland, Manchester, Liverpool, London City

Tuesday, March 8, 2011

Pakej ke Amsterdam and Brussels

 Assalamualaikum pengunjung blog teratak murni yang dihormati.

Syukur alhamdullilah kami telah berjaya mengendalikan satu pakej menjelajah Amsterdam dan Brussels pada  19hb hingga 21hb Februari yang lalu. 


  
Sungguh bertuah kami dapat membawa kumpulan Puan Raja Kamariah yang memberi peluang dan kepercayaan kepada kami menguruskan percutian mereka seramai 6 orang itu.
 
Dengan menyewa sebuah bas mini 17 seaters kami mulakan perjalanan kami dari Teratak Murni pada jam 9.00 pagi ke Felixstones yang mengambil masa 2 1/2 jam untuk menaikki feri menyeberang English Channel dengan bayaran tambang £170.00 seramai 8 orang. Perjalanan feri 'Sea France' hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk kami sampai di Pelabuhan Calais, Perancis.
Dalam Ferry Sea France
Memandu di bumi Eropah adalah berlainan dengan memandu di England sebab menggunakan jalan sebelah kanan. Sekira memandu bas mini yang disewa had laju ditetapkan pada 62km/sejam...nahhh macam kekura la perjalalan kami tetapi ade baiknya jugak penumpang boleh menghayati pemandangan disepanjang perjalanan setelah beberapa kali singgah di kawasan rehat dan rekreasi walaupun suhu pada waktu itu amat medinginkan.  

Apartment Di Rotterdam
Perjalanan mengambil masa selama 3jam untuk kami sampai di Apartment yang telah kami booking awal di Rotterdam, Holland pada jam 5.00 petang (sudah gelap).  Kami telah membuat perancangan bermalam di Rotterdam oleh kerana bandar tersebut terletak di tengah-tengah antara Amsterdam dan Brussels. Apartment 5 bilik yang lengkap  dengan dapor untuk memasak sendiri makanan kami. Apartment de Sluiskop dengan kadar bayaran 38 euros seorang adalah amat selesa untuk didiami kerana ianya terletak di kawasan perkampungan dan masalah meletak kenderaan tidak timbul malah perkampungan tersebut amatlah bersih dan mempunyai ciri-ciri bangunan tipikal dutch yang unik dan bertemu dengan masyarakat tempatan yang peramah.


Sibuk Menyiapkan Makan Malam Di De Sluiskop


Keesokan harinya kami ke Amsterdam dengan meletakkan bas mini kami di pinggir kota Amsterdam untuk menaikki Tram dengan membayar tambang 6.20 euros seorang one day travel card.   Kami menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di kota Amsterdam.

bergambar di hadapan Madame Tussaud
Shopping! Aktiviti wajib di sini
Semangat kesukanan
Time to go home, until we meet again


Pakej Ke Amsterdam

Untuk ke Amsterdam kami akan  mengenakan bayaran mengikut kehendak tetamu.  Kami hanya membantu dari segi logistik seperti penempahan kenderaan, tambang menyeberang English Channel, bayaran Tol dan hotel bujet.  

Penyewaan kenderaan bergantung kepada bilangan tetamu yang akan pergi.  Adalah di sarankan kalau nak ke Amsterdam eloklah dengan bilangan yang ramai sekurang-kurang nya 4 orang ke atas kerana dapat berkongsi kos-kos yang disebutkan tadi.

Kadar Penyewaan Kenderaan

Untuk Van 7 seaters ialah £90.00 sehari sesuai untuk 4 hingga 6 orang.
Untuk Van 9 seaters ialah £110.00 sehari sesuai untuk 5 hingga 8 orang
Untuk Bas Mini 17 seaters ialah £150.00 sehari sesuai untuk lebih dari 9 dan kurang dari 15 orang.

 Tempahan awak kenderaan perlu dibuat oleh tetamu selewat-lewatnya 1 bulan sebelum pergi. 

Kadar Tempahan Bilik

Buat masa ini tempahan bilik kami akan kenakan dari £40.00 seorang semalam.  

Kebiasaan nya tempahan awal sekurang 1 bulan sebelum pergi perlu dibuat untuk mendapatkan harga yang murah.    
Kebiasaan nya kami akan menempah Bed and Breakfast di De Zedde di satu kawasan kampong yang terletak lebih kurang 20min dengan menaikki bas ke Kota Amsterdam.