Wednesday, September 28, 2011

Tetamu Bulan September 2011

Syukur alhamdulillah kami selesai menguruskan percutian Saudara Hizat dan Isteri serta mummy beliau dari 13hb September hingga 16 September 2011.

Berehat di Sekitar Tower Hill London
Mereka berkesempatan melawat Liverpool Stadium Enfield dan Kota London.

Menaikki Tube Ke Bayswater Mencari Souveniers Prince Williams and Kate

Makan Fish and Chips di Bayswater

Impian Hizat Untuk Melawat Enfield Stadium Liverpoorl Tercapai Juga Akhirnya.

Pemandu Pelancong Kak Noli Dengan Kak Jamilah Mummy Hizat

Selesai percutian di England mereka meneruskan percutian ke Netherlands.  Terima kasih kepada Hizat sekeluarga yang memilih kami menguruskan percutian tersebut. Segala apa yang kurang harap maafkan kami. Sikap bertolak ansur kalian amat kami sanjungi semoga pertalian persahabatan kita berkekalan.


Pada 9hb September 2011,  kami juga telah menerima tetamu En Khan dan keluarga  dari Perlis sebelum mereka ke rumah anak beliau Dr Syida Bangor North Wales. Pertemuan yang sekejap membuatkan hubungan kami seperti keluarga sendiri.  Terima kasih kerana membawa petai dari malaysia.

En Khan Sempat Bersiar Di Pinggiran River Ouse, Bedford

Sarapan Pagi Di Teratak Murni 1

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri dari Kami

Assalamualaikum,

Pengurusan Teratak Murni mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432 maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog ini terutama kepada tetamu-tetamu yang pernah menginap di Teratak Murni Bedford.

Bermula dari 1hb September Teratak Murni 1 akan mula beroperasi dengan pengurusan dan pakej yang baru.  Insyaalah segala pengalaman kami mengurus Teratak Murni 2 akan dijadikan panduan bagi menaiktaraf mutu perkhidmatan kami.

Makluman pakej baru akan kami masukkan ke dalam entry yang baru kelak.

Wassalam. 

Tetamu Julai 2011

Keluarga Saudara Rosdi (19 Julai hingga 31 Julai 2011).




Ketibaan keluarga saudara Rosdi di Stansted seramai 11 orang pada 19 Julai 2011.  Kedatangan mereka adalah untuk menghadiri konvokesyen En Danial yang tammat pengajian master di Universiti Southampton disamping bercuti di England dan di Paris.  Sepanjang percutian mereka kami telah mengaturkan beberapa itinerari buat mereka melawat London, Manchester United Stadium, Liverpool, Southampton dan 2 hari 1 malam di Paris.

Stadium Tour MU.













 London Tour Trafalgar Square.


Bedford Town.

Di hadapan Teratak Murni 2 untuk berangkat ke Paris dengan menyewa sebuah bas mini 17 seaters 



Selamat pulang keluarga Rosdi kebetulan apabila mereka sampai di Malaysia bermulanya Ramadan. Panjang umur kita bertemu lagi insyaalah.