Sunday, October 23, 2011

Cuti-cuti London




Salam semua pengunjung c2L. Terima kasih kerana mengintai2 kami.Pihak kami cuba sedaya upaya melaksana kan impian anda. Tapi kerja sama anda amat kami perlu kan.Perkara penting sebelum kita nak melancung , tengok dulu tarikh tamat pasport kita tu. Kalau 6 bulan tamat sebelum tarikh kita terbang sebaik nya renew lah.Kami tak mau harapan anda nak melancung hancur berkacai.Ada kala nasib anda baik dapat lepas di Malaysia. Kami ada tetamu yang mengalami masaalah begini, terbuang 2 hari utk renew di London(bukan mudah!) kasihan kan.Tapi kalau anda hanya jalan2 di UK tak ngapa , kalau ke Paris, nak masuk semula ke UK, kan haru!



Dah tengok pasport ,tempah pula tiket kapalterbang.Emailkan pada kami tiket ni utk memudah kan pihak kami tahu waktu sebenar ketibaan dan kepulangan anda, banyak kekeliruan berlaku.


Dah beres urusan tiket dan pasport, pilih nak tinggal dimana ?
 http://cuti2london.blogspot.com/

Homestay kami terletak di Bedford iaitu mengambil masa 1 jam perjalanan dari kota London dengan tren atau kenderaan. 1 jam 1/2 untuk ke Gatwick Airport.  Ramai yang tertanya-tanya mengapa jauh sangat????...Nah...istemewa nya Bedford ialah sebuah bandar yang kecil jauh dari hiruk pikok kota raya terletak di pinggir Kota London.  Bedford sebagai kawasan segi tiga untuk tetamu kami yang ingin merasa suasana kekampongan dan kekotaan.   

Tetamu kami yang menginap di Bedford akan dibawa melawat London (2 hari sudah cukup), Ke bahagian utara biasanya ke Manchester/Liverpool, Ke bahagian barat  membeli belah di Bicester Village melalui jalan kampong , dan ke bahagian timur bandar universiti Cambridge juga melalui jalan kampong..  Setengah tetamu-tetamu kami amat menyenangi untuk berulang alik dari Bedford ke pusat kotaraya London bergantung kepada tempoh masa percutian dan cita rasa tetamu samaada penuh poket untuk menyoping atau berposing di cerok pelosok English Villages.   Orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman, maka jangkamasa 1 jam tidak menjadi masalah bagi tetamu-tetamu kami yang suka berjalan-jalan melancong melihat keindahan dan kebudayaan England yang sebenar. Sistem kenderaan awam di England adalah efficient tepat waktu perjalanan dengan rangkaian perhubungan yang mudah di antara satu tempat ke satu tempat.  Jangan heran sekiranya masa perjalanan dari Bedford ke Gatwick mengambil masa 1 1/2 jam tetapi dari London ke Gatwick mengambil masa 2-3 jam dengan menggunakan kereta. Ada juga yang bertanya kalau naik tren lagi murah dari menyewa teksi atau kenderaan yang kami sediakan...tetapi hakikatnya bergantung kepada keupayaan tetamu kami sama ada berkumpulan besar atau kecil; datang dengan bag yang sedikit tetapi baliknya bag dah beranak pinak untuk di galas. Kami hanya mampu mengurus mengikut keupayaan tetamu kami dengan mengkaji kemampuan tetamu kami yang datang berdasarkan faktor-faktor yang dikatakan tadi.  



Tetamu2 c2l harap jaga beg masing2 ,kira betul2 , jgn kehilangan, ada tetamu yg hilang beg kerana kepenatan, bila sedar semula mmg tk mungkin bertemu lagi.




Beg-beg yang di miliki oleh 2 tetamu,kena ambil van 6 /7 penumpang.Memang tidak boleh menaiki kereta biasa.Lendut la keta.














Beg yang dimiliki oleh 6 orang tetamu, di isi dalam mpv 9 penumpang, tak muat kalau nak isi dlm van 7 penumpang, selalu tetamu nak berjimat sebab harga berbeza, tapi anda boleh lihat sendiri masaalah yang akan di hadapi. Tak kan pandang jer abg tu susun beg sorang-sorang, bantu-bantu la apa yg patut.






Satu keluarga besar 11 tetamu menaiki mini bas untuk 17 penumpang.






















Kami cuba buat yang terbaik untuk tetamu kami, keselesaan anda keutamaan kami  dan agar tidak menarik perhatian pihak POLIS.Lihat betapa padat nya beg2 anda.


Ketibaan anda akan kami ambil atau jika yang nak diskaun boleh la naik kenderaan awam .

Setiba nya di London, cari simcard.Ini salah 1 contoh ada free 3g

Beli topup



Homestay kami yang terletak di Bedford di kelilingi  orang-orang islam  (bukan melayu). Di sedia kan 2 bilik yang mempunyai  1 katil queen setiap 1.Kami hanya mampu menampung paling ramai pun 7-8 tetamu , 1 bilik boleh kongsi 4 orang.harga mmg telah kami tetap kan , bukan apa kos letrik dan air, org kita mmg sentiasa pasang heater  (tidak kira musim apa pun) dan lampu.Pasal makan tak susah cari,boleh oder jer dari Al Badar atau masak sendiri di dapor.Barang masak selalu tetamu bawak penuh 1 beg, atau boleh beli di kedai berhampiran.


Boleh makan kat sini atau call je
Boleh beli daging /ayam halal di sini
Homestay Kita
Menu Al Badar, pilih, call, depa hantar .






Wahhh ada byk camera yg tetamu bawa, sorg 1 camera tapi jgn lupa charge bateri dia yer.dah charge jgn lupa. bawak pula.Perkara mudah yg selalu terlupa dan terlalai.Hati2 bila mengambil gambar sewaktu memakai sarung tangan, tidak di galakkan, kemungkinan camera tergelincir dari tangan (perkara benar berlaku)











Hari pertama ada di Bedford selalu anda mengalami jetlag(perubahan waktu, muda 8 jam).Jadi kami tidak galak kan tetamu ke London atau Paris. Samada berehat di Bedford atau ke Bicester Village menaiki bas X5

http://www.bicestervillage.com/


Ini la dia bas X5 yang akan kita naiki dari Bedford dan turun di Bicester village( perjalanan melalui kampung2 yg cantik)mengambil masa 1 jam 30 minit.


Tiket bas return simpan yer, balik nanti tunjuk pada driver bas tiket ni.






 Keriangan di wajah anda memang terselah setelah membeli belah di Bicester Village ini









Atau jalan2 keliling Bedford.


Tulip pun ada kat Bedford





Primark pun ada

Ada MARKS & SPENCER





















Mula kan hari pertama menjelajah kota London dgn peta comel ini

Atau menaiki train bermula dari station Kilburn . Atau memimjam Oyster Card Dr Raz .Terima kasih tak terhingga kepada family En Helmi kerana memberi kami Oyster card ni selepas mereka bercuti dan menginap di Bedford.

Oyster card ini mcm Touch n go kita kat Malaysia, harga card ni 5 pounds .kita hya perlu masuk kan berapa kita perlu untuk perjalanan kita.Contoh kita tambah 7 pounds cukup utk perjalanan sehari di kota London,Oyster ini hya di guna kan dlm kota london utk menaiki train atau bas.



























Kalau mls jln, naik jer bas ni
http://www.londonpass.com/london-attractions/original-london-sightseeing-bus-tour.html



Kalau kedatangan kita menempuhi hari selasa (cbs yg kecil sahaja) sabtu dan ahad ada cbs yg besar.Boleh la kita shoping pulak kat sini, nak mai sini kena bawak beg2 plastik sendiri,ada kala mereka tak sedia kan.





Cantik nya dikala malam hari



Di sini perjalanan kita bermula

Paris pula yes yes.Kami akan turun kan anda , dan anda akan bergerak dgn kumpulan anda, samaada menaiki train atau bas atau menyusuri kota paris ini berjalan kaki sahaja.( mmg tak boleh turun kan anda di kaki tower ini, jika ingin kan juru pandu kena ada bayaran nya)

Di bawah kaki Eiffel Tower , kalau bergambar dekat2 mcm ni la tk nampak sepenuh nya besi ni

 Kan lawa jauh2 sikit , nampak mcm dekat kan, menapak gak la nak amik gambar cantik mcm ni.

Nak naik eiffel tower ni kena la beratur utk beli tiket,tgk betul2 barisan anda, bertanya kalau ragu2,samaada naik lif atau menapak naik tangga. boleh beli on9 gak http://www.localparistours.com/eiffel-tower-tickets

Tandas awam, kena bayar, sedia kan duit siling.
Train 2 tingkat mmg seronok.Jangan pandang2 pakcik main muzik ni, tak pasal kena hulur duit.Hati2 bila berjalan2 di Paris ni, simpan wang anda betul2(byk peminta sedekah dan penyeluk saku)
Selain shoping kita juga boleh tengok banyak patung2 yg tk pakai baju mcm ni


AMSTERDAM


Kalau tk der kasut boleh beli terompah kat sini

Depa ni mmg rajin menulis, kat sini la tepat kita bermlm di Amsterdam

Nak baca papan tanda ni pun dh tak reti, tapi kita boleh agak2 kan

Balik dari Amsterdam boleh posing-posing dengan bunga (musim berlainan)


Bunga Poppy

Bunga poppy yg tumbuh meliar


Meh kita tengok mana lagi tetamu c2L suka kunjungi