Thursday, July 21, 2011

June-Datin Riana

Datin Riana berhenti penat setelah soping kat Bicester Village.Kami menaiki bas X5 dari Bedford memakan masa dlm 1jam setengah.

Tuesday, July 19, 2011

Tetamu June

Keluarga Puan Hana bergambar dengan ria nya di hadapan Teratak Murni 2 bersama Rozie dan Nurul.

Kak Noli bergambar kenangan dengan Puan Ana dan Dr Kamal.

Keluarga En Shahidan dari Perlis, bawa pelam Harum Manis untuk kami di Teratak Murni 1, nyum nyum

Keluarga Prof Rashid dari Johor Bahru.

Keluarga Puan Mastura, beratur untuk menaiki London Eye.

Saturday, July 9, 2011

Teratak Murni 2 Tinggal Kenangan

Assalamulaikum Pengunjung Cuti Cuti London.

Dengan rasa berat hati kami ingin mengumumkan bahawa bermula dari 1hb Ogos 2011, Teratak Murni 2 tidak akan lagi beroperasi kerana terdapat beberapa masalah berlaku yang sangat memilukan. Kami memerlukan masa untuk mengemas kini maklumat-maklumat dalam blog ini untuk tetamu-tetamu akan datang.  Dengan itu segala maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Teratak Murni 2 tidak akan diterima pakai lagi seperti contoh bilik-bilik dan lain-lain kemudahannya.

Walaubagaimana pun Teratak Murni 1 akan terus beroperasi bagi menampong permintaan tetamu yang ingin bercuti ke London dan mengikuti pakej kami ke Paris, Amsterdam dan Brussels.  Teratak Murni 1 masih mengekalkan konsep percutian berunsurkan kekeluargaan dan menolak tetamu-tetamu yang beranggapan Teratak Murni seperti pengurusan hotel. 

Ingin ditegaskan di sini ialah Teratak Murni 1 adalah sebuah rumah penginapan berkonsepkan homestay/self catering yang menyediakan dua (2) bilik tetamu yang boleh muat 3 orang setiap bilik.  Tetamu diberikan kebebasan untuk memasak makanan sendiri dan menggunakan ruang makan atau tamu. Kami tidak mahu tetamu yang datang menganggap kami sebagai pekerja hotel walaupun kami mengenakan bayaran untuk penginapan  dan pakej percutian untuk menampong kos utiliti dan sebagainya.  Sikap tolak ansur dalam suasana kekeluargaan adalah diharapkan dari tetamu kami terutama apabila timbul masalah-masalah yang diluar jangkaan kita seperti ketetapan masa dan perubahan rancangan pakej asal. Adalah harapan kami segala kekurangan pengurusan kami diselesaikan secara berhemah tanpa diperbesar-besarkan sehingga ingin mengambil tindakan undang-undang dan menghebah2kan kelemahan kami dimedia lain seterusnya berseteru....ini sudah berlaku dan dialami oleh kami dengan tetamu bulan lepas sunguh-sungguh pilu walaupun kami sudah memulangkan kembali wang yang mereka bayar.

Walaubagaimana pun kami mengakui bahawa setiap atur rancangan yg diberi kadangkala tidak dapat diikuti sepenuhnya dan kami memohon maaf sekiranya sudah berlaku dan akan berlaku. Niat kami memang ikhlas untuk membantu tetamu yang ingin bercuti di London membawa kembali kenangan manis-manis belaka.  Kami tidak mengamalkan apa-apa pengurusan hotel lain kenakan.  Sebelum ini tidak ada peraturan check-in check-out, surcharge sekira check-out lambat sebab kami tahu kebanyakan penerbangan balik ke Malaysia bermula dari jam 5ptg dan adakala pada sebelah malam.  Kami juga tidak mengenakan charge letak barang dan perkhidmatan wifi semata-mata ingin menjalinkan konsep kekeluargaan.  

Akhir kata saya berterima kasih kepada tetamu-tetamu kami yang terus menyokong untuk kami meneruskan perkhidmatan homestay ini dan juga berterima kasih kepada tetamu yang mencela kekurangan kami.  Segala kekurangan akan kami perbaikki untuk keselesaan bakal tetamu kami kelak.    

Sekira ada perkataan yang menyinggung perasaan pembaca izinkan saya menyusun sepuloh jari memohon maaf.  "Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan dalam peti ; kalau ade silap dan salah jangan disimpan dalam hati".

Kepada yang masih berminat untuk menempah penginapan dan pakej kami harap kemukakan form yang disediakan. Terima kasih di atas sokongan anda.

Wassalam