Friday, January 14, 2011

Embankment Park di Bedford



Antara salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Bedford adalah Embankment Park
Taman yang sangat cantik dan tenang
boleh duduk berjam2 kat sini tanpa rasa boring
kalau kat malaysia mana boleh nak duduk kat taman lama2..
panas.. belum kira nyamuk lagi
tapi sebab kat sini sejuk, memang best sgt




kita juga boleh bawa bekal makanan dan berkelah bersama keluarga


sangat seronok rasanya kalau dapat luangkan masa dengan keluarga di tempat yang setenang & secantik ini

Jom Shopping di Bicester Village!!


 tak sah kalau datang ke sini dan tak singgah ke Bicester Village Outlet Shopping
terdapat pelbagai barangan jenama terkemuka seperti Armani, Bally, Burberry, Calvin Klein, Celine, D&G, DKNY, Dior, Dunhill, Fendi, FCUK, Gucci, Guess, Hugo Boss, Jimmy Choo, Levi's, Polo Ralph Lauren, Prada, Tag Heuer, Timberland, Tommy Hilfiger, Versace, YSL dan banyak lagi!

 

Terdapat hampir 130 buah butik yang menawarkan diskaun sehingga 60%
banyak tu! lebih dari half price

bukan setakat butik pakaian saja, terdapat juga butik alatan dan kelengkapan rumah, jewellery, aksessori & kasut dan produk kecantikkan dari jenama terkemuka


 harga yang ditawarkan disini sgt2 murah berbanding dengan yang dijual di butik biasa.
shopping kat sini ala2 shopping di bandung tapi kat sini lebih high class & confirm barangan original.

saya beli sebuah handbag DKNY dgn harga £60 lebih kurang RM300 saja
balik ke KL saya tengok handbag yang sama harganya RM800++ !!



Kami boleh membawa anda ke sini dengan charge 1-4 orang £60 
naik kereta biasa

untuk 5-7 orang £110 
naik 7-seater van
*tak termasuk duit minyak, toll & tour guide. hanya pick & drop
*harga yg diberikan hanya dari Bedford. Dari lokasi lain akan dikenakan caj tambahan
untuk pengunjung yang lebih ramai, sila hubungi kami untuk qoute harga.




untuk maklumat lanjut tentang Bicester Village ini sila lawati website rasmi mereka.

Terima Kasih.

Car Boot Sale at Rushden & Diamonds


Salah satu daya tarikan di sini adalah Car Boot Sale di mana barang2 terpakai dijual dengan harga yg sangat2 murah dan barang2 yang dijual pon masih elok
 

berbagai2 barang yang dijual disini seperti pakaian,aksessori wanita,hiasan rumah, barangan elektrik, pokok & bunga dan macam2 lagi lah
saya sendiri pernah beli hair straightener dengan harga hanya £3 yang masih baru dan masih boleh pakai hingga sekarang. di kedai harganya £25. untung tak?


Kat sini saja saya rasa dah boleh shopping penuh satu bag
lagi pula dengan harga yang sangat2 murah


Kami sangat berharap dapat membawa anda semua menikmati pengalaman shopping di Car Boot Sale ini.

Semoga berjumpa lagi.

Thursday, January 13, 2011

Keistimewaan Tinggal di Bedford



Salam hormat buat semua pengunjung blog Cuti-Cuti London
Misi kami adalah untuk memudahkan dan menyempurnakan percutian idaman anda di bumi England ini dengan kadar bajet sesuai untuk semua golongan.

Kami beroperasi di Bedford iaitu lebih kurang 1 1/2 jam dari bandar London dan Stansted Airport (Air Asia) dan lebih kurang 1 jam dari Heathrow Airport.

Kenapa anda perlu menetap di Bedford?

Kerana di Bedford anda dapat menikmati pemandangan dan keadaan Countryside yang tiada di London.

 

 
 Di Bedford juga ada banyak kedai makanan halal yang dioperasikan oleh orang Pakistan.
Anda juga boleh membeli barang dapur dan memasak di dapur Homestay kami tanpa bayaran



Bandar Bedford juga mempunyai banyak kedai-kedai menarik untuk membeli belah.

Cerita saja pun tak guna juga kan? anda perlu datang ke sini dan menikmati sendiri keseronokkan dan keindahan tempat ini.


Semoga kita dapat bertemu di bumi Bedford ini. InsyaAllah.

Wassalam

Monday, January 3, 2011

Pakej Percutian


Salam semua,

Kami telah menyediakan dua pakej percutian untuk memudahkan para pengunjung memilih dan membuat keputusan untuk percutian mereka. Jika pakej yang ditawarkan tidak menepati citarasa anda, anda boleh request itinerary pakej dari kami.

Pakej yang ditawarkan tidak termasuk tiket penerbangan. Anda perlu membeli tiket sendiri. Kami hanya menawarkan perkhidmatan percutian.

Untuk membaca cerita-cerita menarik dari kunjungan sebelum ini sila lawati facebook story kami
cuti cuti london atau cuti2london

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami dan kami sangat berharap anda akan menjadi tetamu kami disini.
Kami akan memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik buat anda. Insyaallah